Amaran nie entry bengang!
Aku nie budak baik... tak suka maki-maki nie. Memang dari azali aku lahir, mak aku cakap, aku memang budak baik... pendek kata memang aku budak baik yang baiklah... *serius statement mata keatas kaki kemuka. Tapiiiiiii.... tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii....
Kesabaran aku dah memuncak...
Kalau dah buat kerja lembab cam haremm macam mana nak maju? tu dia lah orang melayu... kalau pembeli beli barang orang cina cakap orang melayu tak sokong bahan buatan orang sendirilah, tak mau tolong bangsa sendiri lah! apa lah... dah tu? aku punya bek hati pecah daulat pi beli burger hang last2? dua kali trip sembahyang asar plus siap sembahyang maghrib aku baru boleh makan burger tu apa kes? Huhhhhhh, angin2 satu badan.
Ok, maybe orang akan cakap. Tak boleh ka aku bertimbang rasa sikit tunggu burger tu? sabar tu kan separuh dari iman. Bla bla bla... tapi masalahnya... Aku beli burger tu dalam pukul 6.15, pukul 6.50 tak dapat lagi! apa ke he nya?? masak burger ka ligan ayam!
Yang tak boleh blah tu, buat kerja cam na turn customer tak ambik tau! main redah ja bagi burger tu tak ikut turn. Nie boleh bangkitkan kemarahan. Tak masuk diakai kot kami orang yang first order burger tu last2 orang yang baru muncul 5 minit dapat dulu burger tu. Walawei... bengang kot. Dah la semangat lepas2 balik kelas dengan tak sembahyang asar lagi terus pi beli burger tu last2? makan hati dulu baru boleh makan burger!
Bayangkanlah, mana aku tak bengang... sampaikan aku dengan kawan2 aku kena take turn sembahyang kot semata-mata nak tunggu burger tu. Kawan2 aku boleh pi balik bilik sembahyang pastu turun lagi sekali kat dewan makan tu tapi still tak siap! tak ka rasa nak maki kat situ? Pukul 7 baru dapat wei... pukul 7! pukul 6.15 aku order pukul 7 aku dapat makan. Aku order burger biasa ja bukan burger diraja pun. Panas hati wei...
Dah la buat kerja lembab, tak ikut turn pelanggan, buat kerja mak ngot! Aku memang usaha tak mau maki2 kat blog aku nie. Tapi memang hari nie aku pecah daulat buat kali kedua! Yala sempena raja kedah jadi agong hari tu. DAULAT TUANKU! *tiba2. Aku sanggup pecah daulat pi beli burger kat situ, tapi memang tak berbaloi... bukan setakat dapat makan burger dapat makan hati sekali! makan dalammmm plak tu...
Kali nie memang la the last aku beli burger tu... kali nie memang serius nekad tak mau makan burger tu dah! hehhh. Nak makan burger pun azab makan nak pi pinang anak dara orang. hehhh. Kalau lah ABANG burger tu baca blog nie... sila lah no improve anda punya perkhidmatan yang sangat lembab dan tak sistematik tu. Kalau dah gamak rasa nyanyok sangat tak ingat turn pelanggan pakai nombor! tak dak marker nak tanda?? saya boleh bagi free satu kotak magic pen! tak cukup? bagi kaki rasanya ok kot.
Nie la burger diraja yang berjam aku tunggu baru dapat makan. -__-" memang teruklah... tak paham aku. Nak meniaga tapi buat kerja macam apa lagi. Ingat masa sem 1 ja buat kerja lambat. Time tu boleh lah consider lagi sebab baru bukak. Nie dah dekat setahun lebih tak kan tak leh improve kot?? What the cat? nak bungkus telur pun yaALLAH macam nak lipat baju.
Pantun tiga kerat untuk mereka yang berkenaan...
Gendang-gendut tali kecapi,
Kenyang perut senang hati,
Lepas makan burger rasa nak maki!
2 ulasan:
wuih..panjang lebar zana punya statement ketidakpuasan hati..moga2 penjual burger2 yg lain ambik iktibar..sabaq no zana..:)
~Kak Azzah
huhu..tu aa tgk dok sabaq nie.. =) bukan pa, klu nk berniaga tu buatla cara nak berniaga kan.. nie tak...
Catat Ulasan