Jumaat, 11 November 2011

9 Jenis Anak Setan

Kak Long Fatin yang post dekat fb. =) cam biasa aku lebih suka syer dekat blog dari share dekat fb. Blog boleh karang panjang2. Ok. Anak setan?? Hurmm, dulu2 mak aku selalu belikan majalah ASUH untuk aku, bahagian Godaan Syaitan paling aku suka! why? apahal suka setan2 nie? Sebab pelukis kartun tu Abe kot nama dia, aku tak ingat sangat dah lama back then 2003 tu ha. Gila lama... 

 Setan zaman aku =)

Setan zaman sekarang... =)

Dia lukis setan tak comei tapi sangat setai style ok! sebab setan tu gemuk perut boroi pastu sekor lagi kurus kering nampak tulang. Yang best tu lengkap satu family setan ada bapak, mak dengan anak.  So sweet. Ada satu siri tu aku ingat lagi tajuk dia anak syaitan masuk sekolah. Gila gempak! anak setan pun pi sekolah kita yang manusia nie kalau malas p sekolah... lagi teruk gamaknya dari setan... =) pikir2kan lah.



Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

1. ZALITUNN
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu. ~yang nie selalu jadi bila aku rasa aku TERlebih kaya sikit dari selalu, duit dalam dompet banyak... bantal panjang yang tak da guna pun aku nak beli. (-_-")

2. WATHIIN
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

~Jujur, kadang2 tu terbabas jugak pikir bukan2. Ayat common. "Kenapalah Allah duga aku macam nie?" see... tak redha... jangan na. Tak baik untuk kesihatan.


3. A'AWAN
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama. ~Hoho... aku memang sahabat karib dengan kerabat di raja nie. Tapi insyaALLAH tak kot yang nie. =)

4. HAFFAF
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh: disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras).

~Simpang malaikat 44! aku sayang lagi mak ayah aku. Tak tergamak & tak terpikir nak buat! mintak dijauhkan.


5. MURRAH
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour lain-lain. ~Yang nie... hurmm. Dia nie rupanya penyebab aku suka lagha! 24 jam earphone dekat telinga. *dan2 nak salahkan setan padahal diri sendiri yang buat.

6. MASUUD
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.

~Errmmm, spechless....

7. DAASIM
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumahtangga lagi). ~ALLAH, mintak dijauhkanlah dari aku bila dah ada 'RumahTangga' sendiri nanti.

8. WALAHAAN
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.

~Selalu! walahaan jahat hang nie.


9. LAKHUUS
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari ~Tuhan yang satu ALLAH.


P/S : Mana satu jenis anak syaitan yang sering mengganggu anda ? Adakah jenis Walahaan iaitu was-was untuk menyebarkan maklumat ini? Jeng jeng jeng... selamat menyebarkannya juga. =)


6 ulasan:

msredcheesecake berkata...

semua kena, tapi yg selalu walahann tu... sebok je dia...

Liyana Roslan berkata...

aiyooooooo.

zana berkata...

~msred

nama pun keturunan setan...tu ja la keja depa...huhu

zana berkata...

~liyana

aiyooooyo ammma! haha aku sambung.

Tanpa Nama berkata...

aiyark.syaitonnirrojimmm...nauzubillahiminkum.amin..;)

zana berkata...

~pengemis cinta

amin...mudah2 dijauhkan kita dari godaan syaitan..insyALLAH. =)