Jumaat, 25 November 2011

Perempuan bila tengok bola sepak....


Mesti ramai tengok Malaysia vs Indonesia hari tu kan?? aku pun tengok. Semangat gila kot malam tu awai2 gi aku dengan fatin roomates merangkap classmates aku turun pi bilik tv siap bawak public speaking punya note lagi tau...  nampak? tengok bola, tengok jugak study jangan lupa. Tu pasai notes kami sampai lunyai! haha. Tercabut dua kot notes tu. =)
 

Tapi memang best lah malam tu masa Malaysia lawan Indonesia. First time tengok bola ramai2 dengan budak kolej masria. Meriah gila wei! masuk gol pakat terjerit macam kena histeria semua orang dengan aku2 sekali sampai sakit tekak kot! Haha. Serius best! Aku dengan Fatin la gila punya eksaited macam kami yang main bola tu, siap bersep tangan lagi bila gol masuk.

Tak boleh blah tu setiap kali Khairul Fahmi boleh tangkap bola lawan mesti aku cakap "Hensem Khairul Fahmi malam nie aku tengok." Kali kedua bola dia tangkap lagi. "Makin bertambah hensem aku nampak dia nie." Bola lepas tu pun dia berjaya tangkap jugak "Super duper hensem dia malam nie!" ya2 memang sengal. Tapi, tapi... jangan salah faham na, hensem yang aku cakap tu bukan  hensem muka. Dia punya skill yang aku maksudkan. Kira dia hebat la bila boleh tangkap bola...

Hensem = Hebat! bukan Hensem = Kacak! beza tu.... 

Tu cerita malam M'sia lawan Indon. Malam M'sia lawan Syria sumpah tak best... =( Aku tengok sorang2 kat bilik tv dengan budak2 masria lain. Tapi memang tak best gila! malam yang M'sia lawan Indon budak2 yang tengok bola sekali dengan aku memang sporting tapi malam yang M'sia lawan Syria tu... YaALLAH... *mata keatas kaki kemuka. 

Situasi 1

"Sapa tu sapa tu??" A tunjuk dekat B.

"Owh, tu si polan si pulun." B jawab.

"Ooo, yaka? Muka dia petak. Buruk!" A balas.

What the cat? tengok bola ka tengok orang?? beragaklah, muka petak pun orang jugak...

Situasi 2

"Aku minat pemain no #*& tu... hensem tahap dewa..." D cakap.

"Aku tak minat mamat tu. Aku minat Badrol Bakhtiar ja. Muka sweet, comel sejuk mata memandang. Eh, napa tak nampak pun muka dia malam ni?" E tanya

"Badrol mana main malam nie." D jawab.

"Owh, patutlah M'sia kalah sebab dia tak main." E balas.

Again... what the cat??? apa kaitan menang bola dengan muka hensem? Agaknya sebab tu kot mostly peminat bola orang lelaki kan. Perempuan tak pandai nilai game bola, depa pandai nilai PEMAIN BOLA ja. =) like Fatin says...

"Bola tu bulat, macam2 boleh jadi..."

*cam tak kena ja quotes tu dengan entry aku... hentam sajalah.


--------------------------------------
 

Tak kan nak cita pasai bola ja? pasai aku tak mau tau ka??? hehe. Well, new sem, new things, new lecturer, new subject, new room! Bilik baru aku best besar... Memang puas hatilah nak bergolek2 atas lantaikan. Cuma part internet la slack... kawan aku dapat la jugak 2 3 bar. Aku? satu bar pun tak lekat! ok fine. Tenet cam siput. Tapi so far puas hati la dengan bilik baru. =)


Kemudian 1st week sem dua start agak hectic. Jadual agak pack plus subject2 law yang agak nak membunuh! lecturer pun bila cakap tak sebut subjct killer tak sah! siap bagitau tiap2 sem budak kena  yang repeat paper tu ramai. Aku macam "Tau dak tu menambahkan lagi tekanan haishhhh." Kerja pun dah start ada... pastu, pastu... oummmmm, tiba-tiba rasa malaih nak cita...

Till then... bye2.
 

4 ulasan:

Hanis Nizam berkata...

Haha , lawaklah entry akak ni . Hanis baca dengan khusyuk sampai habes taw . Last2 , malaih . Hanis tggu coming entry taw .

zana berkata...

~hanis

hehe... yaka? thanks tapi memang malas nak cita pun pasai study tu, ngeh3..

ankeljonni berkata...

elehhhhhh.... ngaku je minat tgk apek gak kan?

huhuhhhuhu

zana berkata...

~jonni

haippp...x minat naa... apek byk kontrvesi... =P