Khamis, 10 November 2011

UNIC sememangnya U.N.I.K

Sapalah tak kenal kumpulan UNIC kan? for sure kenal kan... Kumpulan nie dah lama dah since when... since early 20's tak silap aku. Lama la jugak tu kan, aku pun baru darjah 2 ka 3 masa tu cuma aku tak berapa minat sangat lagu nasyid masa tu. Bila umur cecah 12 tahun kot... time tu dah pandai hayati lagu2 semua nie barulah start minat betul2 kumpulan nie.

Sebelum nie ada jugak la rasa pelik kenapa kumpulan UNIC nie tiba-tiba senyap ja. Lepastu muncul kumpulan nasyid baru nama UNIQUE la UNIQ... aku dengan sesedap rasa kata kumpulan2 baru nie tiru UNIC.

Kemudian. Tadi! tadi... after almost a year! a year ok... aku baru tau yang UNIC UNIQUE UNIQ adalah kumpulan yang sama... teruk aku nie. Tapi sungguh memang tak tau walaupun perasan something wrong somewhere. 


Macam mana boleh jadi macam tu? apa yang aku baca start awal tahun 2010 bila UNIC tamatkan kontrak dengan Hijjaz Records pihak Hijjaz Records tak benarkan UNIC guna nama UNIC dengan alasan nama UNIC tu hak milik Hijjaz Records.

So, UNIC bertukar kepada UNIQUE! tapi sayangnya... bila nama dah tukar orang dah tak kenal.  Contohnya masa program dekat UiTM Pulau Pinang. Sebut ja nama UNIQUE student macam bagi  negatif feedback : UNIQUE tu kumpulan nasyid baru ke? famous tak? kalau tak famous aku tak nak tengok... susah UNIQUE nak bergerak dengan nama baru nie.
 Kemudian dari UNIQUE bertukar kepada UNIQ pulak! why??? ok, katanya sebab untuk memudahkan identiti mereka dikenali. Bila search dekat google. Perkataan UNIQUE nie terlalu common. Orang selalu guna so, banyak saingan. Jadi di tukar kepada UNIQ!


Hurmm, kesian UNIC banyak gila dugaan. Tapi... tapi... ALLAH tu maha adil. =) UNIQ dah bertukar kepada UNIC balik. Alhamdulillah. Tumpang gembira jugak... semua nie terima kasih dekat Encik Isman Nadim(Hijjaz) sebab benarkan UNIC digunakan semula dan bebas bergerak sendiri. 

Antara lagu UNIC yang aku suka : (sekali dengan link aku letak. Baik tak baiknya hati aku nie kan?? Boleh ja klik tajuk lagu kalau nak dengar dia open new tab ^.^)

1. Insan Bernama Kekasih. (paling suka!)
10. Binnabil Huda. (the latest one!)

Apa pun nama yang digunakan aku still minat kumpulan nie. Tapikan aku perasan ahli UNIC selalu bertukar. 
 Masa nie Bazli, Fitri, Wan Shah and Apen.

 Masa nie pulak Fitri, Bazli, Hafiz Hamidun dengan Wan Shah.

 Time nie pulak Fitri, Hafiz Hamidun, Bazli dan Fadzli

Masa nie pulak tinggal Bazli, Fitri dengan Fadzli

 Nie yang the latest punya Bazli, Fadzli dan Fakhrul.

See? Ahli UNIC selalu bertukar. Aku tengok Bazli ja yang stay dengan UNIC dari mula tubuh group nie sampai sekarang. Tapi alhamdulillah again. UNIC masih bertahan. Serius aku happy. =) Sama2 lah kita sokong UNIC k... mudah-mudahan kumpulan UNIC nie dipermudahkan segala urusan dan terus menyebarkan dakwah melalui lagu2 mereka... insyaALLAH. =)


Fanpage UNIC


4 ulasan:

Pondok Usang berkata...

Indahnya jika kita dapat bersama
Hidup selalu gembira di dunia ini..
Lagi indahnya jika kita dapat bersama hidup di dalam gembira di akhirat sana... =)

zana berkata...

~Pondok

Jalinan... =)

pengemis Cinta~ berkata...

i love unic too...;)

zana berkata...

me love unic too... hehe =)