Selasa, 8 November 2011

30 Minit Ustaz Don

 
Nie la rancangan yang aku sebut2 tu.


Aku pun manusia khilaf jugak. Bila sebut ja rancangan islamik... "owh yaka? baguslah." then buat tak tau. Tak dak langsung inisiatif nak tengok. Tapi ntah cam na kuasa Tuhan la kan. Malam tu terbuka 30 Minit Ustaz Don. Tak silap aku episod ke-4 kot tajuk yang dibincang pasal mandi wajib. 

Perghhh! terbaik lah... sempoi ja aku tengok cara Ustaz Don bagi ceramah. Siap boleh gelak2 lagi aku. Memang best lah. Apa yang aku tak faham or macam ragu2 masa mandi wajib aku dah rasa clear. Baru la tau kalau buat benda sekian2 masa mandi wajib boleh, buat benda sekian2 tak boleh. Memang clear lah...

Then the next day aku dah jadi penonton setia rancangan nie. Dah like fanpage dia. Dah belajar macam-macam benda. Even benda simple macam takbir hari raya pun aku dah tau sebut macam mana yang sebetul-betulnya. Ustaz Don akan explain seketul2 mengenai tajuk yang dibincang dalam 30 Minit Ustaz Don tu sampai kita faham. Pendek kata memang kita akan jelas lah bila dia dah terang, sebab dia terang dia tunjuk gaya sekali. =) which makes me laugh... lalala.

 Ustaz Don Daniyal Don Biyajid... ustaz muda yang sempoi habis...

Hensem silalah tergoda... tergoda dengan dakwah yang disampaikannya ya... hehe.

Bagi aku Ustaz Don ada karisma dengan gaya yang tersendiri. Cara dia ajar kita lebih santai dan senang nak faham. =) Aku pun perasan dah ramai yang mula like page 30 Minit Ustaz Don nie budak-budak muda. Tu maknanya cara dia dakwah dekat di hati. Ala-ala slogan UiTM la, UiTM dihatiku... haha. Boleh lah Like page 30 Minit Ustaz Don nie. Dekat sini boleh ja kalau nak tanya apa-apa yang tak paham insyaALLAH Ustaz Don akan terangkan.

Setiap kali aku tengok proram nie aku perasan Ustaz Don akan cakap "Boleh na??" sambil tersenyum lebar nampak gigi putih dia yang tersusun elok plus tangan dia selalu tak dok diam. Merewang merata bila nak explain something... haha serius lawak. 

Sangat setuju dengan statement tu MUDAH, RINGKAS TAPI BERKESAN! dengan 30 minit ja benda yang kita rasa was-was sebelum nie kita dah paham bila Ustaz Don terang. InsyaALLAH.

Fenomena? seriously? yup, seriously aku setuju gila 30 Minit Ustaz Don memang fenomena sebab? Kenalah tengok rancangan nie. Baru tau pasai pa fenomena. *klik gambar kat atas.

Yang penting 30 minit ja tak lama pun. Yang dok tengok hindustan 3 jam sampai meleleh-leleh air liur tu boleh pulak? Nescaya input yang dapat tu lebih manfaat dari 3 jam tengok movie hindustan or tengok movie marathon tu... =)

Tapikan... aku rasa 30 minit tu tak cukup la... kalau extend sejam kan lagi bagus. Then waktu siaran tu kalau injak awai sikit pun rasa lagi ok. Sebab 10.30 tu macam dah lewat sangat untuk budak2 sekolah. See, budak sekolah pun tengok kot. Malu la wei, kita yang tua-tua bangka nie tak tengok...

P/S : aku syorkan hampa tengok satu episod dulu 30 Minit Ustaz Don. Sebab aku berani jamin lepas sekali tengok next2 day for sure tepat 10.30malam hari isnin sampai rabu hampa akan buka Channel 114 Tv ALHijjrah! berani jamin... tak caya??? please do try this at home... hehe...

 Tv AlHijjrah memang syiok... betul tak tipu... siap tayang Jewels In the Palace lagi tau. I like... =) So, lepas nie kalau TERbukak Tv AlHijjrah tu jangan buat-buat TERlajak tukar channel pulak kan? try dulu tengok...




8 ulasan:

Lya Colours berkata...

nak tengok jugak la nanti
saya suka jugak ceramah2 ni
selalu tengok ustaz azhar
kelakar. tapi dia slanga terengganu kuat la
yg paham takpe. tak paham nganga je nanti.hehe

zana berkata...

~Lya

tengok2...tak rugi punyalah... ustaz don bagi ceramah best. Ustaz azhar pun saya tengok jgk tapi kat youtube ja... betul2, pergh! pekat betul slanga tganu dia tu. haha

msredcheesecake berkata...

Ada tengok sikit ari tu... Macam best... Tapi 1030 tu mmg lewat.. Time nak tido kan anak ...

zana berkata...

~msred

kan.. masa siaran tu macam lambat sangat... tapi mana tau kot2 la pihak produksi tiba2 ubah angin tukar waktu siaran awal sikit ke.. =)

nazirulhazwan~ berkata...

Yeah.ustad don best sbb die catchy.hehe

zana berkata...

~nazirul

kan2...best ustaz don nie...sempoi ja.. =)

Pondok Usang berkata...

mudah difahami.. salut sama Ustaz.. =)

zana berkata...

~pondok

betul.. saya pun sama.. =)