AKU MAHU SUPERBIBIK
Penulis : Ain Maisarah & Izanor Sharif
Halaman : 340
Harga : RM 17.00
Terbitan : PTS One
Cetakan 1- 2010
Secara ringkas :
Ina dan Farah selalu menjalan misi yang mustahil tapi mungkin tercapai dek akal fikiran. Kali nie misi mereka menghapuskan bibik Ina… iaitu Bibik Lestri! Ina tak sukakan Bibik Lestri tu pandai bermuka-muka, di depan ibu Ina pijak semut pun tak mati tetapi belakang ibu Ina macam-macam yang Bibik lestri buat. sudahlah pemalas. Misi ini akan berjaya!
Perancangan diaturkan dan misi dijalankan. Seperti yang dijangka Ina menang dan Bibik Lestri disingkirkan dari rumahnya. Misi kedua pula dijalankan, misi mencari Superbibik. Ina nak kan bibik yang seperti Superman! Boleh melakukan segala-galanya. Semuanya kerana kagum dengan bibik Farah, kak Wati yang berbakat melakukan semua benda. Mampukah Ina mencari Superbibik yang diidamkannya?
Berlainan pula dengan Fasha, ketua Wannababes. Walaupun rumahnya sudah ada dua orang bibik tapi dia jugak inginkan bibik baru. Mahu menandingi Shasha yang memiliki tiga orang bibik bernama Sima, Simi dan Simu. Fasha mula menghasut ibunya supaya mengaji lagi seorang bibik di rumah mereka. Toh Puan Seri Zazarina terpengaruh dengan hasutan anaknya itu dan memberi sepenuh kepercayaan kepada Fasha untuk mencari bibik baru mereka yang ketiga.
Dengan duit segala-gala yang Fasha hendakkan pasti dia dapat termasuklah bibik ketiga ini. Bibik Lora diupahnya. Tetapi… bibik Lora bukanlah bibik yang Fasha idam-idamkan. Bibik Lora punya rahsia yang tak Fasha ketahui. Rahsia yang bakal memusnahkan reputasi dan nama Fasha di hadapan ahli Wannababes lain. Tapi rahsia apa? Dan apakah Fasha dan Ina bakal mendapatkan Superbibik yang mereka inginkan?
Komen saya :
Siri Aku Mahu kali nie Ain Maisarah berganding bahu dengan penulis Izanor Sharif yang tak kurang popularnya juga. Kelainan ditampilkan walaupun teraju utama cerita nie masih 7 Wannabes serta Ina dan Farah.
Cerita yang santai tapi memberi pengajaran nie memang menarik dan lucu. Watak Fasha dan Ina yang mahu seorang orang gaji yang bertaraf Superbibik sebagai pembantu rumah mengundang padah buat diri masing-masing.
Sangat pelik dan lawak bila Ina sanggup buat audition semata-mata nak cari orang gaji. Adess, tahap parah tu. Akhirnya bibik yang diupah melarikan diri dek tak tertahan dengan sikap Ina yang lebih sudu dari kuah tu! Maknya ok saja tapi Ina yang lebih-lebih mahu dilayan seperti anak raja.
Berlainan pulak dengan Fasha. Orang gaji yang diidam-idamkan akhirnya membawa binasa kepada diri sendiri. Kenapa? Kenalah baca Aku Mahu Superbibik nie. =)
Yang pasti kedua-dua mereka mula belajar berdikari dan mula bertangungjawan terhadap tugas mereka sendiri. Saya pun turut sama terkesan dengan cara penyampaian cerita nie. orang gaji pun manusia jugak. Jadi layanlah mereka dengan baik. Mereka pun ada hati dan perasaan jugak.
Yang paling penting novel nie memberitahu bahawa setiap manusia tak sempurna dan jangan terlalu mengejar kesempurnaan kerana yang sempurna cuma Yang Esa. =)
XX Quotes : Ibu-ibu diluar sana memang patut hadiahkan naskah Siri Aku Mahu kepada anak gadis mereka. Mesti mereka akan sukakannya. =)
6 ulasan:
ada ke superbibik?lau ada nak juga buat neman kat dapur..:)
fasha,shasha ni budak umur bape? interesting ceritanya... tak de lah cinta je kan?
~Azzah
hehe...ntah ler...ada agaknya... nisbah 1 dalam sejuta. Tapi jenuh la kita nak carikan..? =)
~msred
budak sek form4 & form5. =) sgt interesting cerita nie, x da cerita cinta sgt lebih kepada cerita kisah hidup remaja prempuan.. =) sangat2 best.
wahh.. kalau bacau sure terasa diri ni spt remaja walaupun dah tua.. hihi..
~Pondok
hehe...for sure yes... awet muda tu... =)
Catat Ulasan