Khamis, 1 Disember 2011

Ehem3... calon menantu pilihan... pilih2...

WARNING! entry nie sangat22 panjang... harap maklum ya...
Roomates2 M4-04-08 kolej Masria... always in my heart...

Nak kongsi story roomates2 aku yang baik2, comel2, lawa2, sporting2, bengong2, gila2, busuk2, suka gelak2, suka makan2 and the best part satu kepala dengan aku... Introduction meh aku tempek sorang2 muka roomates2 aku tu, aku susun ikut besday lahir sapa paling tua dalam bilik tu...muahaha! murni gila kan hati aku...


Let's begin...


The 1st one AINNNN! nama penuh Nurul Ain binti Siuti... dah berpunya! Ehem2 dia sedang menuntut di UM under program persediaan ke luar negara. Impressive right? pandai mak cik nie cari pak we...  ambik teladan adik2 kalau nak cari pak we... cari yang pandai2 baru boleh dibuat laki.  haha



Nampak sangat ayu bukan? macam gadis melayu kan... tapi sila jangan terpengaruh dengan wajah sucinya nie... mak cik nie bab mengena orang nombor 1! kalau ingat balik perangai dia... nauzubillah... *aku tengah geleng kepala nie... pening pala dengan mak cik sorang nie... aku pernah kena dengan dia... ada ka aku tengah sedap2 gosok gigi dalam toilet dia boleh tutup lampu! dah la aku sorang2 dalam toilet masa tu malam pulak tu... mau tak kelam kabut cabut... hampeh punya budak. (-_-") pastu bantai gelak berdekah2 dekat aku... hayy. 1 lagi fakta pasal ain... dia kalau sereka baju selalu berlubang, terbakar la tu... *aku geleng kepala lagi sekali. Tapi mak cik nie sangat happy go lucky. =) bila2 boleh buat orang gelak dengar cara dia cakap. Bila dia cakap Kedah lagiiiiii la... rasa bernanah sikit telinga tu. Haha. One more thing... she can cry about small reason and sometimes bcoz she's hugry she can cry. =) hehe... ampun ain! next sem jumpa aku jangan buat tak kenai lak.



Sanggup beli spek bingkai hitam semata-mata nak nampak budak pandai... adoi, tak boleh blah betoi alasan ko ain... boleh pulak tu dia tanya aku "Nampak macam budak pre-law tak??" haha nampak ain... nampak macam budak pre-law. Budak genius. =) tapi kategori ko budak genius mengena orang... haha btw thanks sebab tak pernah berkira bab guna barang. =) Kalau aku salah cakap sakitkan hati ko sorry wei.. niat nak bergurau ja. Tak da maksud lain pun. Apa2 pun tak boring jadi roomate ko ain... hidup sure gelak ja memanjang.

Blog Ain : In progress =) ain cakap dia nak buat blog. Kita tungguuuuu.




Let's proceed to second mak cik! second mak cik a little bit special coz she is my roomate and also classmate! untungkan... salunya dia la tempat aku rujuk apa2 benda "Liyana hari nie kita kena buat kerja apa?" hehe... bab2 ponteng tak yah cita la... dia mastermind! hahahaha... she's my dictionary and my calender also kot... hehe dalam erti kata lainnya dia selalu tolong aku masa aku susah. Thanks dear. Introduced!

Nur Liyana bt. Shariff Roslan atau nama glamour dia yang selalu dia tulis dekat baldi, baju mahupun buku LSR(liyana shariff roslan)! hehe. Masih belum berpunya dan sedang mencari mat sallehnya yang belum kunjung tiba lagi... apakah Edward Cullen?? haha


gambar bajettt... haha


Liyana nie dia suka kucing...sangat2 suka kucing... tak memilih kucing macam aku. =P semua kucing dia suka tapi kucing2 dia kucing parsi, ya la ORANG KAYA kan... hehe. Orang cakap sapa yang suka kucing nie hati penyanyang ha sesuai sangat lah di buat calon menantu... kalau berkenan boleh lah add kat Fb berkenalan dengan dia... hehe. Tapi memang betul mak cik Liyana nie sangat baik hati dan tak kedekut ilmu pun... sapa2 tanya dia soalan yang kami tak paham, mesti dia explain dari a-z sampai kami pahamlah senang cita. Muka budak dean list nie. Jangan memain =) tapi citarasa kami sangat bercanggah. Can't help about it... lagu yang dia minat perghhh! tak mau aa komplen lebih2 satgi mak cik nie fire aku lak... yala aku minat old time jiwang karat punya tak sejiwa dengan dia... Apa2 pun... Yana aku doa kita sama2 further law nanti dekat shah alam nanti. =) insyaALLAH.

Blog Liyana : Mak Cik gonjeng. Boleh la follow blog dia kalau nak improve english =) budak band 5 nie... hehe. Jangan marah aa nanti kena jual.




The next awesome young mak cik... taraaaaaaa! the 3rd one cik feeqa a.k.a mak tiri! liyana yang cakap... bukan aku ya feeqa.. =) Nama penuh Afiqah bt Abdul Rahman. Nama timangan PIKO! Feeqa the best! budak sciene quantitif... terror add. math ok! laju ja aku tengok dia buat calculation... nak dibanding dengan aku... 12 x 10 pun tergagau2 cari kalkulator...ehek. Maaf la I Add. math B+ jer... tak sekufu dengan cik feeqa... haha. Masih solo dan available tak silap aku... nescaya sapa jadi hubby dia bahagia dunia akhirat! serius tak tipu... masak boleh, kemas rumah boleh, lawa pun lawa, pandai pun pandai... apa lagi? bangun pagi pun awal. Subuh maintain... tak macam aku la, tak gerak tak bangun, tak bangun tak.... errr. paham2 la...



comey kot... sila lah buat menantu... =)

Nie pic paling aku sayang and suka. =) pic nie kami ambik masa malam konsert hijjaz dengan akhil hayy tuuu.. photographer : Ain Siuti.

Boleh dikatakan feeqa nie nadi bilik M4-04-08... bagi aku la... =) sebabnya kalau feeqa tak gerak kami semua time subuh... alamatnya memang bye2 la subuh, hye2 zohor terus... Pastu mak cik nie jenis tak berkira... mintak ja apa pun semua dia bagi! tu yang best... bab makan dengan barang langsung tak berkira. Feeqa nie pun macam Liyana gak aku tengok kalau ada apa2 masalah pasai study mesti orang mai rujuk kat depa. Dan part paling best depa boleh explain kat orang lain. I like... sebabnya kalau kawan2 aku mai tanya aku pasai study... mesti aku cakap cam nie. "Ha, aku tau! kita tanya Dictionary liyana." that's my solution. Sorry guys... I tak pandai mengajar orang.. =( Another  thing about Feeqa... kalau mak cik nie bergayut telefon... ya ampun! tak yah la sapa2 pi kacau dia... khusyuk benar dia bergayut kalau gelak pun dah tak ingat orang sekeliling... ish2... macam Liyana! wait2 aku rasa Feeqa dengan Liyana nie banyak persamaan lah.. hurmm, mentang2 la satu sekolah , budak Bahiyah. Perangai pun lebih kurang ek?

Apa2 pun Feeqa suka jadi roomate hang. =) betoi nie! thanks selalu tolong aku. And aku mintak maaf kalau ada salah silap dengan hang. Mintak halal makan minum. Kalau aku nak pi lepak dengan hang jangan halau aku lak... hehe. =)

Blog Feeqa : Mak cik Cemei. Boleh follow ya nescaya dia akan lawat ke blog anda balik... tapi kalau dia on9 la... =)




The last one! yang nie special case aku tak letak ikut tarikh lahir sebabnya Wanie classification lain... hehe. =) Wanie kan kaunselor aku so special la sikit. Nama penuh Nor Harwanie bt. Baharom. Budak bedong... dulu Wanie roomates aku jugak. Tapi dia dapat tawaran SPA jadi nurse dan dia terima tawaran tu... so now she's at kolej kejururawatan pulau pinang! nurse to be la nie. =) sapa sakit nanti boleh la jumpa Wanie nanti dia cucuk buntot hampa... haha. Tapi tu la sat sangat masa kami dengan wanie, tak silap aku habis ja minggu MDS Wanie dapat offer SPA tu... sedih wei masa Wanie pi tu... rasa wei dia tak dak. Menangis jugaklah aku mula2 masa Wanie pi, roomate yang lain pun sama sedih Wanie pi, tapi tak boleh lah nak halang dia... rezeki dia kat sana.

Wanie with Ain Rasyidah =)

Wanie with Feeqa. =)


Pic wanie, tak da banyak... sedih... =( tapi tak pa ukiran wajahmu tetap dalam ingatanku! haha jiwang dak? jiwang dak? Wanie nanti dah jadi nurse jangan kerja cucuk buntot orang ja tau... pastu kami tau wanie nie kaunselor terbaik tapi nanti jangan pulak syarah dekat pesakit lama2 takut pesakit pressure dengaq wanie bagi sesi kaunseling percuma lama2 tak pasai ja dia gigit wanie sebab tension sangat, yala dia dah la tengah sakit pastu wanie bagi sesi kauseling plak kat dia. Tekanan perasaan kawan... wanie jugak yang susah... hehe... saja ja nak pesan. Tapi tau wanie mesti jadi nurse yang berjaya satu hari nanti! insyaALLAH. Wanie boleh. =)

Teringat masa kita sambut besday Feeqa bulan mei ri tu! best! kenangan tu lain yang lain... kemudian masa besday kami Wanie sponsor kek coklat tu... serius cakap... terharu sangat... =) thanks Wanie...

Kek besday Feeqa. Besday Feeqa dengan aku tak jauh Feeqa 29 Mei aku 4 Jun... Feeqa punya kek pun kosong ja tapi macam besalah chef banyak dalam bilik tu yang kek tu ada strawbeery la epal la...=P Time nie kebetulan semua baru balik dari rumah, so makanan banyak tu yang boleh letak macam2. Malam tu kami berparti sakan! aku ingat lagi... adoi... gila2 lah buat video ucapan segala bagai.

 
Kek besday aku. =) asalnya kosong ja tapi kami renovate letak m&m atas tu.. hehe. Time nie kelas dah start dah... semua pun penat aku pun... tapi disebabkan orang sambut besday aku... teruja kot! terasa diriku begitu berharga... haha. Tapi tu la thanks Ain, Feeqa, Wanie... walaupun hampa penat tapi still sambut besday aku. =) Thanks sangat2.





That's all... thanks for read my story. =)







Ehem3... Ain, Feeqa, Yana, Wanie... sweet dak?? sweet dak? sweet kan aku... haha... ;)



6 ulasan:

aizamia3 berkata...

sweet je kisah roomate tu semua.. ;)

zana berkata...

~aizamia

hehe...thanks.. =)

msredcheesecake berkata...

Promote kawan2 ke? Kalau nak buat menantu da tatau nak pilih mana?

zana berkata...

~msred

hehe... sekali sekala tlg promote. =) jgn konpius2 pilih jer.. hik3 ;)

Pondok Usang berkata...

manis2 nye semua.. =)

zana berkata...

~pondok

tima seh, tima seh.. =)