Penulis : Kusyi Hirdan
Halaman : 355
Harga : RM 17.90
Terbitan : PTS ONE
Cetakan 1 - 2010
Secara ringkas :
Kesinambungan Mengapa Aku Jadi Pengetua? dan Mengapa Aku Masih Jadi Pengetua? Izaz Noraini masih di Kolej Elita. Dan tugasnya kian mencabar dari sehari ke sehari. Tetapi semua itu tidak mengahalangnya dari menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepadanya.
Pelbagai masalah seperti isu disiplin pelajar, khabar angin, sabotaj mahupun ugutan semakin berleluasa di Kolej Elita. Izaz kadang-kadang mati akal untuk menguruskan semua ini tetapi mujur ada Ali yang sentiasa memantau dan membantu Izaz ketika Izaz memerlukannya. Bagi Izaz, Ali adalah penyelamatnya tetapi apa yang Izaz tak tahu adalah rahsia hati Ali kepadanya.
Dalam menyelesaikan masalah-masalah nie, Izaz tidak pernah mengabaikan kebajikan murid-murid dan pekerja-pekerjanya. Kerana itu, Koleh Elita ada kolej swasta yang berbeza dari kolej swasta yang lain. Kolej Elita umpama satu keluarga besar.
Komen saya :
Mengapa Aku Rela Jadi Pengetua? adalad cerita remaja yang unik. Buku ini menceritakan tentang masalah social dan kehidupan harian pelajar-pelajar di kolej swasta tersebut dan semestinya mengenai kisah Izaz Noraini watak utama cerita ini.
Pada pandangan saya remaja di luar sana wajar membaca buku ini supaya mereka sedar realiti hidup sebagai seorang cikgu bukanlah semudah yang mereka lihat. Guru tugas mereka bukan semata-mata adalah untuk mengajar subjek matapelajaran tetapi juga tentang kehidupan sebagaimana yang diceritakan dalam buku ini.
Maknanya dalam kita seronok membaca cerita ini, ada juga pengajaran yang kita akan perolehi. Lagipun bahasa yang penulis guna sangat mudah difahami dan tidak terlalu baku. Jadi remaja di luar sana tak akan terasa bosan membaca cerita nie. =)
XX Quotes : Saya dah beli. Dah cukup pun koleksi Kusyi Hirdan yang satu nie. Sekali sekala kita kena juga lari dari baca novel cinta ja. Ya tak? =)
2 ulasan:
nak pinjam! hehe...
Pondok~
Haipp... haha, boleh2..daftar nama tgl ic dulu.. ;)
Catat Ulasan