Khamis, 7 April 2011

Azabnya migraine attack.. tuhan ja tau.

aduhh sakit kelapa kepala..

migraine?? migraine tu bukan sakit kepala ka?

YESS!! tapi sakit kepala yang jauh lebih SAKIT! direpeat one more time.. lagi SAKIT! sakit tu.. ya ALLAH.. tuhan ja yang tau.. nak menanggung sakit tu azab sungguh.. sebab tu la kalau orang tanya aku, sakit apa yang paling aku nak elak sekali kalau boleh.. aku jawab migraine.. aku jawab yang tu walaupun aku tau memang aku tak leh dan tak dapat nak elak.. mesti kena.. hurmm (--").. 

Apa yang aku tau mengenai Migraine nie.. da la sikit-sikit..

OK.. Migraine nie adalah sejenis sakit kepala yang sangat menyakitkan dan berdenyut-denyut di bahagian kepala. Selalunya migraine nie dia attack sebelah kepala sahaja. Kiranya kita akan rasa sakit sebelah kepala saja sebelah lagi ok, tapi tak semua orang macam nie da ja yang kena dua-dua belah kepala. tapi usually sebelah sahaja. mengikut pengalaman aku la kan, biasanya tempoh sakit migraine nie 2 jam hingga ke 2 hari.. bergantung pada keadaan la. Dan bila migrain nie attack kita rutin harian memang akan terganggu! totally.. kita akan rasa sakit sampai tak leh nak pikir benda lain dah sebabnya bila migraine nie kita akan nampak bantal and painkiller ja.. benda lain kita jarang nak ambik kesah dah. Anak menangis nak susu ke, jiran hantar lauk ke, sinetron Bawang hijau bawang ungu dah start ke.. oo, sorry memang tak ambik tau dah.

Kemudian, kita akan rasa loya-loya nak muntah ala-ala morning sick tu.. masa nak muntah tu la yaALLAH.. kepala akan 'nyut-nyut' macam nak pecah. Masa migraine attack  nie, kita akan jadi alah dengan bunyi-bunyi, bau dan cahaya. bila kita dekat ja dengan benda-benda nie kita akan rasa makin sakit. Contohnya la kan, kita suka makan udang bakar, udang bakarkan bau dia kuat sikit. Ha, kalau migraine attack udang bakar tu pun kita bau busuk! nampak nak buang dalam tong sampah ja. Serius aku tak tipu. Masa-masa nie la kita akan jadi orang gua, sebabnya nak berkurung dalam bilik gelap ja rasa waima lampu tepon kecik handphone pun kita tak mau tengok dah.

Orang cakap sakit migraine nie penyebab dia banyak. Tapi yang aku tau sikit ja la. Stress dah sah-sah la kan. Keturunan pun ya jugak kiranya boleh diwarisi la kot..hehe. Faktor pemakanan macam cheese, coklat dengan MSG. Ha, yang nie take note jangan dok pi makan MSG banyak-banyak.. MSG nie la faktor penyumbang utama migraine. Tapi yang pasti secara scientifiknya bila migraine berlaku, saluran darah kita akan mengembang dan menguncup menyebabkan kita berasa sakit kepala yang berdenyut-denyut. 

Satu lagi yang aku perasan masa migraine attack nie.. emosi orang tu akan jadi tak stabil sebabnya dia akan  rasa penat nk cakap pun kadang-kadang tak larat. Sebab tu aku nasihatkan kalau orang tengah migraine nie tak payahlah menyendeng nak bermanja-manja macam kucing siam tu.. nak mintak tu nie segala bagai. Kalau tiba-tiba peti ais melayang jangan dok tanya la kenapa? WHY-why???

Cara nak merawatnya, aku tak pasti.. tapi yang pasti nak selamat pi la jumpa doktor di klinik yang berhampiran sebab migraine nie da kalau berlanjutan bahaya takut kena barah otak.. 

Tapi kalau tanya aku, masa migraine attack aku buat benda-benda nie..
1) tidoQ!
2) mandi pakai shmpoo head&shoulder yg ice cool tu..
3)lepas mandi tala kepala dekat kipas berdiri tu.. jangan sua kepala dekat kipas syiling plak.. tu dah kes mencabut nyawa namanya..
4) nie kira dah habis ikhtiar la.. telan Painkiller, panadol.. cara paling effective..huhu.. orng cakap elakkan tak bagus.. memang pun.. tapi aku kalau migraine attack tak da benda dua nie.. memang tak leh.. tak tertahan..

Konklusinya.. aku menyampah dengan migraine.. sekian terima kasih daun sirih..


Tiada ulasan: