2X5
Penulis : Areila Sahimi
Halaman : 500
Harga : RM19.00
Terbitan : Kaki Novel
Cetakan 1 - 2010
Secara ringkas :
Mengisarkan kisah Syakirin dan Zaim yang terpaksa kahwin kerana desakan kedua-dua belah pihak keluarga masing-masing. Zaim yang masih fobia dengan perempuan kerana ditinggalkan kekasihnya, Sofea pada hari majlis perkahwinannya. Syakirin gadis yang baru putus cinta gara-gara tersalah pilih ‘lelaki’ untuk dijadikan teman membuatkannya lebih berhati-hati mengenali lelaki.
Kedua-duanya tak setuju dengan rancangan ini tetapi masing-masing tak mahu mengalah untuk mengambil langkah bagi membatalkan rancangan ni. Zaim menyuruh Syakirin menolak pinangan keluarganya. Sayakirin pula menyuruh Zaim beritahu maknya supaya jangan datang meminang. Akhirnya kata putus, penyelesaian masalah tak menemukan jalan sebabnya dua-dua 2X5!
Mereka akhirnya setuju berkahwin. Bermula dari detik perkahwinan mereka tercetus insiden-insiden lucu. Zaim menanggap Syakirin tak lebih dari seorang ‘roommate’ rumahnya. Syakirin pula ok ja. Dua-dua sama naik ja. Tapi Syakirin tak la redha bulat-bulat ja, macam-macam cara dia buat untuk goda Zaim, suaminya sendiri. Bunyi macam pelik tapi tu lah kenyataan rumahtangga mereka.
Bak kata penulis lama mana seorang lelaki boleh bertahan kalau hari-hari digoda makhluk tuhan paling seksi tu? Zaim dan Syakirin mula membina mahligai mereka sendiri. Tapi bahagia tak lama. Tiba-tiba Sofea muncul kembali menagih kasih Zaim. Syakirin cemburu. Tapi pada masa yang sama Johan Razi, seorang duda mula menjeling mata pada Syakirin. Zaim cemburu. Dua-dua sama saja, melayan peminat masing-masing. 2X5! Dah tu macam mana rumahtangga tak bergolak? Sampai bila masing-masing nak cemburu? Siapa yang sebenarnya menimbulkan masalah? Zaim atau Syakirin?
Komen saya :
Sebuah novel yang santai. Pada saya novel ni lebih sesuai dengan jiwa remaja. Bahasanya santai dan jalan cerita yang gila-gila macam kepala Syakirin tu lebih dekat dengan jiwa remaja. Saya remaja jadi saya sukalah! Hehe.
Syakirin, watak yang gila-gila tapi hipokrit bila soal memakai tudung ni timbul. Bila nak balik kampung baru kalut nak cari tudung. Siap ada simpan tudung ‘spare’ lagi dalam kereta. Haha. Tak cukup dengang tu, part Syakirin ceritakan tentang kekasih lamanya yang jenis… tak taulah jenis apa, kalau dah lelaki dengan perempuan pun sama-sama dibedalnya, jenis apa ni? Wallahualam. Haha.
Paling tak tahan masa bahagian Zaim dengan Syakirin membeli-belah barangan hantaran mereka. Parah Zaim ditarahnya Syakirin. Haha. Nak barang yang berjenama saja. Kalau Zaim bagi alasan tak nak beli mulalah Syakirin keluarkan senjata utamanya telefon bimbit 3310 atau lebih terkenal dengan nama tiga-tiga sekupang tu untuk menelefon emaknya Zaim. Zaim pun bila dah tengok Syakirin buat gaya nak tlefon maknya, apalagi “Ok, ok…” menyerah kalah dah. Dibelinya apa yang Syakirin nak. Mau beribu-ribu juga melayang duit Zaim. Haha.
Bagi saya cerita ni best lah. Tak terlalu berat kira kalau tengah tekanan tu bolehlah baca. Mesti tehibur dengan Syakirin yang mulut main cakap lepas ja.
Jadi….
Dah nama 2x5 jawapannya 10 lah. =)
XX Quotes : Sebuah cerita yang santai. Tak rugi baca. =)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan