PRINCE CHARMING
Penulis : Ratu Bulan
Halaman : 496
Harga : RM19.90
Terbitan : Fajar Pakeer
Cetakan 1, 2 , 3, 4, 5, 6 -2010
Cetakan 7 - 2011
Secara ringkas :
Ia hanyalah sekadar carta tapi carta yang ‘bernyawa’! ia dikatakan boleh menyumpah orang. Dan hanya kerana dia telah mengoyak dan membuangnya ke dalam tong sampah carta tersebut telah menyebabkan hidup seorang gadis biasa yang bernama Nurul Izzati berubah. Dia hampir dilanggar kereta tetapi seorang Prince Charming telah menyelamatkannya. Bermula dari saat itulah pencarian Prince Charmingnya bermula. Nurul terpaksa menjadi pengurus kelab bola sepak sekolahnya walaupun hakikatnya dia tidak minat pun dengan bola sepak ni hanya kerana misinya untuk mencari Prince Charmingnya yang mungkin tergolong dalam kalangan mereka.
Bermula saat itulah Nurul mula mengenali perangai setiap seorang pemain pasukan bola sepak mereka yang sering diagung-agungkan oleh pelajar perempuan sebagai Prince Charming! Padanya mereka semua tak layak digelar Prince Charming melainkan Fiq dan Rezza sahaja yang layak, yang lain memang tak layak terutamanya Nazrul yang suka tidur tu dan Hayrul yang tidak habis-habis menuntut surat cintanya yang tak pernah wujud.
Nazrul, lelaki sebagai seorang yang pelik. Suka tidur tanpa mengira masa dan tempat. Suka bergaduh dengan Nurul setiap masa. Tapi pada masa yang sama Nurul membenci Nazrul tapi menyenangi lelaki yang bernama Nazrin. Bagaimana Nurul hendak mencari Prince Charmingnya? Benarkah Nurul telah disumpah? Siapakah sebenarnya Prince Charming Nurul? Dan apakah sumpahan carta Prince Charming itu akan terus menghantui Nurul? Prince Charming boleh merungkaikan persoalannya.
Komen saya :
Prince Charming lain daripada yang lain. Itu yang pasti. Pada saya novel nie memang best dan unik jalan ceritanya tak seperti kebanyakan novel yang agak klise jalan ceritanya. Prince Charming menonjolkan suasana pelajar sekolah yang sedang mencari erti cinta sebenar dalam hidup mereka.
Tapi kadang-kadang tu saya agak keliru. Cara penceritaan penulis menunjukkan couple tu bukanlah sesuatu yang penting dan perlu. Tapi kemudiannya seolah-olah perlu pula. Tetapi diakhirnya apa yang penulis cuba ketengahkan adalah cinta tak memerlukan pasangan yang sempurna… paras rupa bukan ukuran harta kekayaan bukan syaratnya.
Setuju kiranya saya katakan novel nie banyak menyedarkan kita tentang erti cinta sebenar. =) totally agree…
Dalam pencarian Prince Charming tu banyak adegan yang mencuit hati, perang mulut antara Nurul dan Nazrul yang tak berpenghujung kadang-kadang membuatkan kita tersenyum sampai ketelinga. Betapa susahnya Nurul nak kejutkan Nazrul yang suka sangat tidur. Sampaikan kita yang membaca nie terfikir “betul ke kat dunia nie ada orang yang kuat tidur macam Nazrul? Tidur tak ingat dunia sampaikan dalam gawang gol pun dia boleh tidur! Memang dahsyat.”
Peristiwa lain yang melibatkan ahli pasukan bola sepak yang lain turut menghiburkan. Pada saya watak Hayrul paling melucukan. Hayrul akan pengsan setiap kali menerima surat cinta. Kemudian dia menuntut pada Nurul surat cintanya itu. Masing-masing dengan gelagat masing-masing Najmi yang pantang tengok perempuan, kalau boleh hidupnya hendak dikelilingi perempuan sentiasa. Fiq yang tenang. Rezza yang cool. Tapi Nazrul, Nazrul yang pelik tapi unik.
Saya kagum dengan penulis yang Berjaya memikirkan sesuatu diluar kotak pemikiran klise.
Prince charming memang menarik dan best… sekali baca nak terus baca dan baca.
Tengok cetakan pun dah tau kan.. =) tujuh kali cetakan dalam masa dua tahun! Thumbs up penulis.
XX Quotes : harus di beli… sangat berbaloi-baloi… hehe =)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan