Khamis, 7 April 2011

Cabaran 50 Buku - ‘ Jom Lomba Baca’ !!

ulat nie sangat comel bukan..=)

Entry lepas aku ada sebut mengenai  contest  Cabaran 50 Buku – ‘ Jom Lomba Baca’ kan? Sebab cabaran nie la aku rasa ‘tercabar’ nak hidupkan balik blog aku yang dah kejap hidup kejap mati nie.. 

Hadiah yang ditawarkan sangat cantik menarik tertarik.. tak caya?? Baca kat kat bawah.. tak susah kita taip ja pasal buku yang kita dah baca then send resensi tu  kat ulatbuku.06@gmail.com dengan post dekat blog kita pastu siap! As easy as abc cok kodok basi kan. Tapi menang tak menang tu tak tau la.. tu kira kena tanya pihak yang berkenaan la.. aku tukang promote jer.. hehe..

Sepuluh Hadiah Bulanan:
10 buah buku Jemari Seni Sdn. Bhd. terbitan terkini untuk sepuluh resensi buku pilihan.

Hadiah Utama:

Hadiah Pertama
(a) Baucar bernilai RM200 untuk membeli buku di Toko Buku JS
(b) Hadiah hamper barangan solek bernilai RM200 – Body Shop
J(c) Koleksi kerongsang bernilai RM100 daripada Pulau Nami

Hadiah Kedua
Baucar bernilai RM150 untuk membeli buku di Toko Buku JS

Hadiah Ketiga
Baucar bernilai RM150 untuk membeli buku di Toko Buku JS

Ok..syarat penyertaannya mudah sahaja.. klik link nie ulat buku . Bukan tak nak letak kat sini syarat penyertaan tu tapi takut oang yang baca tu tak feel la pulak. Lebih baik baca terus dekat blog ulat buku nie kan. Nanti senang tak faham mana-mana bahagian boleh terus cari kat sana.
Contest nie ditaja oleh http://www.jemariseni.com . Jemari seni publications yang paling aku suka dan yang paling superb! Tak tipu novel  JS  semua best-best tak rugi beli. Marilah ramai-ramai memeriahkan Cabaran 50 Buku – ‘ Jom Lomba Baca’!

Selamat mencuba!

Tiada ulasan: