Khamis, 7 April 2011

Rasa makin bersemangat!


*curik kat google =P credit to the owner...
 
Betul la orang cakap bila apa yang kita buat then ada orang hargainya, tak kesah la dia puji ja ka bagi hadiah.. atau apa-apa yang menunjukkan dia appreciate apa yang kita buat.. hati kita nie mesti rasa happy gila berbunga-bunga bak kata adnan "dalam hati ada taman".. happy go  lucky.. tapi kalau aku dah rasa merry go round dah! =P

Pastukan mesti rasa bersemangat gila nak buat benda tu bagi habis or bagi jadi lagi perfect! hahaha.. mostly people are just like that including aku ok.. =) sapalah yang tak suka orang hargai kita kan-kan??

Ada ka orang tu happy kalau orang cakap macam nie kat dia : 

"Ala, hang belajaq pi la 8 hari seminggu, 12 bulan setahun pun dok bangang lagu tu la jugak.. tak da pa beza pun.." 

See.. ayat nie rasa-rasa menjana semangat ka wei?? gila.. nie la statement yang membuatkan kadar pelajar sekolah membunuh diri semakin meninggi. Para ibu bapa di luar sana jangan sesekali berkata begitu pada anak-anak anda waima anak anda memang bengap tahap kronik sekali pun. Harap maklum.

So.. kalau kita nak orang hargai kita.. kita kena lah hargai orang.. tapi tu la kadang-kadang tu bukan apa.. EGO lebih, tu yang kita payah nak bagi compliment dekat orang.. ini pun ya jugak kat kebanyakkan orang termasuk lah aku kot...ngee *yg buruk-buruk tu baru nak bubuh kot (--")..

Still, bagi aku compliment tu penjana semangat orang.. macam TNB menjana kuasa elektrik tu.. hehe tidak bergelap la rumah kita. 

lilin mana lilin?? oo.. dah habis ek? tak pa la, kita pakai lampu tepon kecik handphone dah la.

Tiada ulasan: