Sabtu, 9 April 2011

MasterChef edisi Malaysia???

Pewitttt... Pewitttt!


credit to astro



Teruja aku bila tengok iklan nie kat Tv "Anda punyai bakat memasak yang hebat? Tau masak lemak cili api, ikan terubuk masak asam, tempoyak mak senah dan lain2 lagi?sertai program masakan terhebat di Malaysia. MasterChef Malaysia...." * aku yang buat sendiri ayat nie... astro tak kata pun macam tu... muahaha



Berminat nak join?? boleh klik link nie masterchef@astro.com.my. Isi ja borang kat situ... GudLuck! =)



MasterChef nie aku layan jugak... tiap minggu hari sabtu, depan tv, kul 8 malam... nampak la aku dok tercangak depan tv tunggu cita nie... tapi yg omputihnya la... MasterChef nie best wei... serius cakap syok tengok depa masak, sedap2 plak tu nampak. Dah la tu masakan gila mencabar kot. Kalau setakat tau masak maggi atas taruk telur dadar yang telur kuning bergegar kat atas tu... tak payah nak eksyen la... depa punya masakan lagi hebat kottt!



Pastu Junior MasterChef Australia pun layan jugak... nie lagi teruja tengok sebab budak2 yang masak... gila pro aku tengok. Padahal baru 8, 9, 10, 11 and 12 tahun... aku? aku yang overlimit age dari budak2 nie pun, bila nak masak.... hehe... biarlah rahsia.



So, sekarang Malaysian punya turn lak nak masak memasak! baling2 periuk segala bagai. Apa ingat Malaysia lekeh sangat ka? Malaysia pun boleh la... hahaha... Malaysia kan serba boleh tu pasal tagline Malaysia Boleh! wujud. Kan? Kan? Kan? Tak caya klik sini. Serba boleh tu...


Can't wait to watch it...


agak2 sapa yang jadi juri...


*mesti chef wan ada... haha


Dah baca boleh like...^_^

Tiada ulasan: